Islam, Agama Fitrah

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"
QS.Ar-Rum (30) : 30

"Then set your face upright for religion in the right state.the nature made by Allah in which He has made men; there is no altering of Allah's creation; that is the right religion, but most people do not know"
QS.Ar-Rum (30) : 30

Kalam Allah


Sunnah Rasul


Peduli H1N1- Tips permakanan ~do and don't  

Posted by: Ummi Ida

(English Article- happy reading ya)

If a severe flu strikes in which people with strong immune systems are succumbing such as happened in 1918 or with SARS or H5N1 avian flu, AVOID the following herbs and foods:

  1. Elderberry juice
  2. Chlorella and spirulina
  3. Honey
  4. Chocolate
  5. Echinacea
  6. Kimchi

All of the above increase production of the cytokines NTF-a or IL-6 or both.
For any respiratory illness, also avoid dairy products and bananas, because they increase mucous production.

TAKE:
The following herbs, vitamins and foods are helpful against respiratory illnesses:
Garlic: crush and eat raw as a great anti-viral
Vitamin C: 1000 mg/hr for the first 6 hours, then 1000 mg three times a day. Blocks neuraminidase (by which viruses replicate) and inhibits TNF-a and IL-6 production.
Green tea: works as well as Tamiflu to inhibit neuraminidase. Also inhibits TNF-a production.
Vitamin E: boosts immunity. Especially effective with Vitamin C, good for the elderly.
Apples: anti-viral. The peel is the best. The flesh may be too sugary for some.
Cranberry juice: possible anti-viral.
Curcumin: yellow substance in tumeric. Reduces TNF-a. Research indicates possibly effective in preventing cytokine storms. Must be taken together with black pepper or it will be metabolized in the intestine and liver. Should be avoided by pregant or nursing women. Dosage of 400~5,000 mg/day.
Astragalus root: boosts immunity.
Tea tree oil steam inhalation: possibly reduces TNF-a. Hot water in bowl with 2 drops tea tree oil, towel over head.

Dikongsikan oleh Dr Suriyakhaton dari Melaka. (Terima kasih Kak Su)

Source: Australian biologist Stephen Jones
http://www.the-health-gazette-blog/alternative-medicine/natural-antivirals

PUASA ITU JUNNAH ( PERISAI)  

Posted by: Ummi Ida

Salam Ramadhan Kareem buat semua..
Kullu am wa antum bikhair..

"Bukanlah puasa itu (hanya) menahan diri dari makan dan minum. Sebaliknya ia juga harus tertahan dari perkara lagha dan lucah. Apabila kamu dimaki atau diperbodohkan, berkatalah AKU BERPUASA"
(riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068)

Apabila kamu dimaki hamun, jangan balas dengan maki hamun.

Apabila kamu diajak gaduh, jangan sahut dengan pergaduhan.

Andai kamu digelar bodoh atau dianggap bodoh, jangan tergesa-gesa mahu menunjuk pandai.

Sebaliknya berkatalah… AKU BERPUASA.

NAH! Hebat ajaran Nabi SAW. Sirahnya nyata berbeza.

Ketika seorang lelaki datang kepada Baginda SAW meminta izin untuk menjadi Muslim yang berzina, apakah anda kira Rasulullah SAW tidak terguris dengan permintaan kurang ajar begitu?

Semasa seorang Badwi datang ke masjid, menjadi tetamu biadab yang kencing di dinding rumah Allah itu, apakah anda kira Rasulullah SAW tiada sifat marah?

Baginda SAW tidak marah bukan kerana tidak mampu marah. Baginda itu seorang yang amat ekspresif. Khutbahnya pernah memerahkan mata kerana begitu memaksudkan apa yang dikata.

Tetapi Baginda SAW itu gagah… gagah yang tulen iaitu pada keupayaan diri mengawal marah.

Sahabat melenting dan mahu membelasah si Badwi itu, namun Baginda menegah.

“Biar dia habiskan urusannya!”, kata Baginda tenang.

Lantas Baginda SAW meminta air dan sendiri membersihkannya.

Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!

Sekali lagi, Baginda SAW mengajar bahawa yang gagah itu ialah pada upaya mengawal diri. Khususnya ketika marah.

Inilah latihan puasa. Sesungguhnya, Ramadhan datang dengan pakej latihan untuk mengajarkan kita PUASA ITU ADALAH PERISAI!.

Lawatan terakhir sebelum Ramadhan  

Posted by: Ummi Ida

Minggu lepas, 11 Ogos 2009 adalah merupakan lawatan terakhir saya dan sahabat-sahabat ke Penjara Wanita Kajang. Biasanya, sepanjang Ramadhan, kami 'berehat' sebentar dan hanya akan menyambung semula program kami dengan saudara-saudara seaqidah yang kami kasihi di sebalik jeriji besi itu pada minggu kedua bulan Syawal..
Mereka semua mengeluh bila mengetahui kami bercuti..

Hingga kini saya masih tidak akan lupa pengalaman saya bertemu Puan Y..

‘‘Tuhan dah bayar tunai pada saya, saya terlalu berdosa sehingga menyebabkan keluarga saya menanggung susah dan anak saya terpaksa berhenti belajar, nak makan pun susah.
Untuk apa lagi lantik peguam untuk saya? Saya telah diburu dosa, kalau tidak terdesak, saya tak nak buat semua ini tetapi setiap detik saya diburu ah long.’’

Sambil menangis teresak-esak, dia meminta supaya mahkamah meneruskan prosiding menjatuhkan hukuman kerana mendakwa dia telah cukup terseksa dan tidak mampu melantik peguam bela.

"Saya mengakui kesilapan saya, saya benar-benar bertaubat dan insaf atas perbuatan saya, di samping itu saya mahu dekatkan diri kepada Tuhan".

Demikian antara perkataan yang pernah diucapkan oleh Puan Y yang mengaku bersalah atas tuduhan pecah amanah hujung tahun lalu.

Amat benar sekali, kini wanita ini sudah jauh berbeza.

Sejak dia sama-sama menjadi penghuni sementara di Penjara Wanita Kajang, pasti kami akan bertemunya dalam setiap kunjungan kami. Dia pasti akan berada di barisan hadapan serta akan memberikan sepenuh perhatiannya kepada yang disampaikan oleh kami atau penceramah jemputan dari JIM yang lainnya. Sangat mudah pula wanita ini tiba-tiba akan merasa begitu hiba lalu menangis mengenangkan nasibnya.


“Kak Y, anak-anak sihat ke?” tegur saya.

“Sihat ustazah, tapi akak tengah sedih ni..” tiba-tiba airmatanya mengalir.
“Semalam anak-anak akak datang .. dua-duanya datang.
Mereka nak konvo bulan depan.. tapi pasti akak tak dapat bersama mereka.. sedih la.....”
Airmata bergenang di kelopak matanya..wajahnya tertunduk..
”Sorang tu bakal doktor, adiknya tu bakal peguam..”

”Tahniah kak”.. sambil saya memegang erat tangannya..
Tapi airmatanya mengalir deras tak dapat ditahan lagi.. Dia menangis semahunya..

Saya hanya mampu memegang bahunya, menatap wajahnya dan berkata...”Ikhlaskan saja ye kak... ”
Dia terus menunduk dan saya terpaksa berlalu kerana waktu kunjungan kami sudah cukup.

Semoga Puan Y diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi kehidupan..terus menikmati keindahan Islam dan Iman.. Amin.

RAMADHAN: Tetamu agung datang lagi..  

Posted by: Ummi Ida



KEMPEN OSCC  

Posted by: Ummi Ida



Katakan TIDAK! kepada keganasan rumahtangga..
Hujung minggu lalu, saya berpeluang mengisi slot ini di dua DUN di Negeri Selangor..
Puas.. kerana dapat menyampaikan betapa indahnya bila hidup berpaksikan Islam. Sebaliknya buruknya padah bila berpaling darinya..

OSCC - One Stop Crisis Centre ( Pusat Khidmat Sehenti) yang menawarkan khidmat dan bantuan kepada mangsa-mangsa keganasan domestik tidak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak. Lanjut tentang OSCC di SINI.



Keganasan rumahtangga termasuk penderaan sudah menjadi budaya?
Profil pendera sukar dikenalpasti..



Antara yang hadir..berbilang bangsa..

Doa Buat Mereka.  

Posted by: Ummi Ida in ,

Salam~
Hari ini mendapat khabar yang tak berapa menggembirakan. Beberapa orang sahabat sedang di uji Allah dengan kesakitan.
Saat mendapat berita tentang Ustazah Marhamah ( Kak Mar), Akh Dr Hafidzi, dan terkini Dr lo'lo', hanya doa-doa dan munajat yang mampu dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Pengatur sekelian alam, Pemilik dan Raja di langit dan di bumi..

Ya Allah ,Ya Rahman Ya Rahim, Engkau Maha Melihat, Engkau yang Maha Mendengar..dengarkan doa-doa kami Ya Allah, Lenyapkanlah kepayahan dan kesakitan daripada sahabat-sahabat kami, duhai Tuhan sekelian manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah jua Ya Allah.!


Semoga Kak Mar tabah dan bersabar menempuh ujian ini.. begitu juga utk akhi Nahar, anak-anak dan seluruh ahli keluarga.

Utk Akh Dr Hafidzi ~ be strong akhi! Tidak mungkin dapat dilupakan bagaimana akh Dr Hafidzi suatu ketika dulu pernah membantu kami mengisi slot ceramah diPenjara Wanita Kajang yang datang dengan kaki yang berbalut, jalan bertongkat. I just cannot remember that again...sedih.. tapi itu lah contoh semangat dan kegigihan Dr Hafidzi..

Doa-doa kami akan terus mengiringi struggle kalian yang sedang diuji..