Islam, Agama Fitrah

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"
QS.Ar-Rum (30) : 30

"Then set your face upright for religion in the right state.the nature made by Allah in which He has made men; there is no altering of Allah's creation; that is the right religion, but most people do not know"
QS.Ar-Rum (30) : 30

Kalam Allah


Sunnah Rasul


JALAN HIDUP ~ Apakah ada pilihan ketiga?  

Posted by: Ummi Ida





Apa khabar semua?

SALAM PENUH SEMANGAT, SYUKUR dan CERIA UNTUK TAHUN BARU MASEHI 2011.

Pilih Jalan

SAya duduk duduk merenung, berfikir dalam-dalam.. dalam hidup ini apakah kita punya banyak pilihan..selain dua sahaja pilihan yang ada, nak buat baik, nak buat jahat.. Yang lebih penting perlu tanya, akhirnya nanti nak masuk syurga ke neraka?
Selain syurga, apa pilihan yang kita ada? Neraka! . Ada pilihan ketiga tak? TIDAK ADA.
Tidak ada pilihan keempat, kelima dan seterusnya.Bahkan tiada pilihan tengah-tengah. Yang ada hanya dua. DUA!!


Nak masuk syurga, sudah sejauh mana dah istiqamah melalui jalan-jalan ke syurga? Beramal dengan amalan ke syurga, biar pun sedikit tetapi tetap istiqamah. Dapat lipat gandakan dengan penuh keikhlasan, lagilah bagus.
Sebaliknya, takut berangan memilih ke syurga tetapi secara sedar atau tidak, setiap hari memilih dan melalui jalan-jalan kegelapan yang menuju ke neraka, walaupun hakikatnya tidak pilih untuk menuju ke sana.

MINTAK Allah jauhkan..Ameen..

Tersilap Pilih Jalan?..Hijrahlah.

Kita sedar kita lemah, terkadang buat salah dan silap, terikut juga lorong-lorong kegelapan. Maka bersegeralah bertaubat kerana taubat adalah jalan terbaik menuju ke syurga.

“..dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kalian beruntung.” (An-Nuur:31).



.

Taubat yang kita lakukan adalah hijrah kita dari jalan kegelapan kepada jalan cahaya, kemudian istiqamahlah di jalan cahaya itu.

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim:8)

Rasulullah SAW sendiri yang terlindung dari dosa, bahkan baginda merupakan pemimpin dan penunjuk jalan-jalan ke syurga, tidak pernah terlepas memohon keampunan dari Allah SWT.

“Demi Allah, aku minta ampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-NYA sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.” (Riwayat Al Bukhari)

Sebenarnya kita sudah ditunjukkan jalan-jalan menuju ke syurga oleh pemilik syurga, Allah SWT. Malangnya kita yang terlupa, buat-buat lupa atau enggan untuk memilih dan melalui jalan-jalan itu.

Jangan sampai lupa Jalan!

Akhirnya di akhirat kelak, Allah SWT akan melupakan kita, dan pada saat itu kita tidak ada pilihan lain, kita akan menjadi penghuni neraka Allah SWT. Firman-NYA:

"Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Thaha: 126)
“dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi dari jalan yang benar.” (Al-Isra’: 72)


Saidina Ali Bin Abi Thalib RA memberikan kita tips :

Semoga memberi panduan buat kita bersama.

“Barangsiapa menghimpun enam pengetahuan, maka tidak sukar baginya mencari syurga dan menjauhi neraka. Pertama, mengenali Allah kemudian mentaati-NYA, Kedua, mengenali syaitan kemudian menentangnya. Ketiga mengenali akhirat kemudian mengharapnya. Keempat, mengenali dunia, kemudian menjauhinya (zuhud). Kelima mengenali kebenaran lalu mengikutinya. Keenam mengenali kebatilan, kemudian menghindarinya.”

* Wahai diri.. tetaplah ingat..jangan lupa..