Sembang sempoi.. memang sempoi pun.. sebab bagi talk macam nak jual ubat.. macam DJ pun ada..
Alhamdulillah, apa pun syukur..berpeluang dapat sembang-sembang bersama pengunjung Karnival Buku MPH 2010 di Stadium Malawati Shah Alam jam 8.20 malam 30 Jan 2010. Lebih kurang sejam penyampaian sambil berinteraksi dengan mereka. Tajuk : Sembang Sempoi Bersama Wanita JIM KL : "Memelihara Mutiara Kasih."
Two Atikahs menemani, seorang jaga laptop, seorang jurufoto.
Turut meramaikan pengujung karnival yang tak berapa nak ramai tu ialah anakanda 'Ammar, Nasyitah IIC, sahabat seperjuangan di pentas Karnival ni, Susilawati, suami dan keluarga.
Yang ni, Atikah Hatta, tolong klik-klik.
Yang ni, Atikah Khalil.. jurufoto. Tapi siapa pulak yang snap gambar dia ni?
Kali ini tak bolehlah nak ceramah sangat. Kena interaksi.. nama pun sembang. Banyak tengok video.
Beberapa kajian kes gejala sosial remaja dikongsikan lalu ..
Soalan :"Apa yang akan Tuan lakukan sekiranya ini terjadi pada Tuan..?"
Jawapan :" Tak boleh bagi kebebasan sangat pada anak-anak.. "
alang ambil gambar alang yek..hihi..seronok Ummi!!thanx ajak!
salam ziarah.... :)