Menjelang maghrib telefon ku berbunyi..Di hujung talian..kedengaran suara..
"Assalamu'alaikum Datin, boleh cakap?
"Wa 'alaikumussalam Liya.. boleh..boleh.. kat rumah je ni.. ( sahabat kesayangan yang sorang ni memang suka panggil Datin la..Madam la dan macam-macam..)
"Betulkan kak.?. malam ni gerhana bulan.. Budak-budak yang gi TASK Force tu.. since diorang dah keluar, bolehlah plan buat solat sunat gerhana kan kak....
(TASK FORCE ~ ramai belia JIM turun ke medan untuk benteras maksiat yang disengajakan semasa sambutan tahun baru..ishh..)
"Owh ye ke.. akak tak dengar pun berita gerhana tu".. ( ya Allah.. ketinggalan keretapi rupanye aku..)
Terus ketuk-ketuk keyboard..cari maklumat. SAH.
Kenyataan dari JAKIM menyebut "Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi
Syukur..
sempat mempelajari, menghayati sesuatu sempena kedatangan tahun baru Masehi 2010.
SUBHANALLAH!! ALLAHU AKBAR!!
Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Lagi satu tanda kebesaran Tuhan yang dipersaksikanNYA kepada hamba-hambaNYA, sebagai tanda agar manusia berfikir, berjaga-jaga dan sentiasa insaf ..
Kejadian gerhana dijadikan Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Bakr r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-Nya dengan kedua-duanya."
Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud:
"Dan biasanya kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (Al-Israk:59)
Jangan pandang mudah.....dengan mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta. Mereka tidak terfikir bahawa apa yang mereka kira dan jangka itu adalah tanda kebesaran Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.
Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih
Ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, baginda terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku. Baginda SAW menjadi cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan umatnya. Baginda solat sunat... dan seterusnya berdoa:
Wahai Tuhanku! Bukankan Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa engkau tidak akan mengazabkan mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".
Itu sunnah peninggalan Ar Rasul.. Rasulullah SAW mengajarkan agar ditunaikan solat sunat gerhana, berzikir dan beristighfar..
Sesungguhnya semakin yakinlah nurani dan jiwa lalu membisikkan
:Kebesaran hanyalah milik MU, kekuasaan hanyalah milik MU... ya Allah
Segala puji bagi mu Ya Allah
Yang Pertama tanpa ada yang mengawalnya
Yang Terakhir tanpa ada yang menghakhiri
yang tak terlihat oleh pandangan orang yang memandang
yang tak tergambarkan oleh bayangan orang yang membayangkan
Kau ciptakan makhluk dengan kekuasaan Mu
Kau ciptakan segala sesuatu dengan kehendak Mu
Segala puji Ya Allah
Yang memberi kami kemampuan untuk mengsyukuri nikmat Mu
Yang membuka bagi kami pintu-pintu ilmu ke Ilahian Mu
Segala puji ya Allah,
Dengan segenap pujian yang dikumandangkan
Para malaikat dan para makhluk yang dimuliakan
Segala puji bagi Mu
Atas nikmat yang kau berikan kepada kami
Hamba-hamba yang telah mendahului,
Mahupun yang akan datang kemudian
Pujian yang kami aturkan kepada Mu
Sebagai penghubung untuk mentaati dan meminta keampunan
Sebagai penyebab memperolehi redha, penghantar jalan menuju syurga
Segala puji bagi Mu Ya Allah
Kau ciptakan kami sebagai hamba Mu
Dan umat nabi Mohamad
Kekasih Mu.
Post a Comment