KBM - Seribu Langkah, Sejuta Wajah
Posted
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan. Sudah lebih setahun saya berpeluang bersama team KBM Kuala Lumpur ( KBM ~ program Keindahan BersamaMu ) . Sudah lebih 50 buah sekolah kami jelajah di merata pelusuk Kuala Lumpur dan Selangor. Sekolah elit, ceruk kampung dan hulu, sekolah berasrama penuh semua kami redah atas jemputan sekolah terbabit.
Hampir semua hujung minggu kami ber KBM. Bahagia..walaupun biasanya usai sahaja program, sampai je kat rumah, badan memang letih teramat.
Bagi diri sendiri, program KBM juga adalah program untuk me'recaj' cinta kepada Allah, Rasul dan kasihkan ibu ayah.
Sekadar menyorot kembali, antara KBM yang awal-awal dulu. KBM di Taman Medan.
KBM di SMK Bandar Banting - Bergambar bersama kakak-kakak
fasi yang pantang jumpa kamera.. KBM di Kg Melayu Bt 16, Rawang
KBM Sek Agama Men Nurul Iman ( SAMNI) Bkt Cherakah
Terkini, di bulan mulia Ramadhan ini, dapat bersama dengan peserta KBM di TPM College
Bukit Jalil pada 5 Sept 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H.
Gambar KBM TPM College, akan dikongsikan kemudian, insyaAllah
Post a Comment