KESEMPATAN YANG TERBATAS
PostedMuttakhir ini, mendengar berita kematian mengejut di sana sini, seperti pemergian ustaz Zaki Mokhtar ( sahabat dalam IKRAM) di usia 43 tahun, kematian Ustazah Bonda Yoyoh Yusroh seorang aktivis da'wah yang hebat, ahli politik wanita Indonesia, ibu kpd 13 orang anak, seorang 'abidah di malam hari sangat menginsafkan saya. Sesunggguhnya hidup ini hanya satu kesempatan yang terbatas.. Apakah kita sudah mengambilnya sebaik mungkin?
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALLAH.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.
Semoga setiap yang berlaku menjadi peringatan.
Rabbana aatina fid dunya hasanah, wafil aakhirati hasanah waqina 'azabbannar..