Tahun Baru
PostedTahun baru hijrah dah bermula..
2011 bakal menjelma..
subhanallah cepat sangat masa berlalu..
dah banyak perkara berubah
Organisasi da'wah yang saya ceburi juga akan mengalami perubahan.
Dulu JIM, tak lama lagi IKRAM..
Apa pun, perjuangan tetap akan diteruskan, insya-Allah..
Petikan ucapan Presiden IKRAM semasa di perhimpunan wanita IKRAM.
IKRAM muncul pada tahap ini bertujuan memperluaskan dakwah, melebarkan pengaruh Islam, membangunkan dokongan dan wala’ (kesetian) ummah kepada Islam dan kepemimpinannya, berdiri tegak sebagai rujukan ummah dan memacu pembaharuan dan perubahan.
IKRAM perlu berada di pusat aksi dan operasi , mengarusperdanakan Islam dalam Negara, membawa agenda perubahan dan pembaharuan dalam kehidupan rakyat, memacu perjuangan, menyatukan ummah, membangunkan kekuatan, menjana kemajuan, menyebar kemakmuran, mewarnai medan, bersama-sama atau bersendirian mencapai matlamat-matlamat Islam.
Agenda IKRAM ialah membawa perubahan dan membuat pembaharuan. IKRAM bertekad mengubah perjalanan sejarah, merubah reliti sedia ada kepada realiti penguasaan Islam kembali. Dengan itu ummah menjadi ummah terbaik. Negara menjadi Negara termaju dan makmur. Dunia menjadi aman dan sejahtera. Harapan kita tamadun Islam kembali gemilang.
Kita bertekad untuk membangun wahana IKRAM yang releven dan kompeten, memiliki daya juang tahap tinggi untuk memintas cabaran dan merentas jarak perjalanan perjuangan dengan cepat dan cekap.
IKRAM perlu dikembangkan sehingga kewujudannya dirasai, keperluan terhadapnya diakui. IKRAM sebagai wadah kunci yang menjadi rujukan, wadah yang meyakinkan , membuka ufuk-ufuk harapan, kemulian, kesatuan dan keagungan ummah.
Semoga perubahan ke tahun baru membawa berjuta kebaikan kepada kehidupan saya dan keluarga..Ameeen
Post a Comment