Islam, Agama Fitrah

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"
QS.Ar-Rum (30) : 30

"Then set your face upright for religion in the right state.the nature made by Allah in which He has made men; there is no altering of Allah's creation; that is the right religion, but most people do not know"
QS.Ar-Rum (30) : 30

Kalam Allah


Sunnah Rasul


HADIAH SEBUAH PERKAHWINAN ~ 'MEREKA yang teristimewa'  

Posted by: Ummi Ida in



Tanggal 30 Jun tarikh cukup bermakna..
30 Jun 2010 genap 25 tahun ulangtahun perkahwinan saya..dah jublee perak..dah suku abad..!

Apa hadiah paling berharga dari sebuah perkahwinan?.

Tentulah kebahagiaan dan ketenangan.
Alhamdulillah..
Berkahwin bukan sekadar untuk menerima tetapi kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan seikhlasnya walaupun kecil.
Bersyukurlah..

Terima kasih kepada mereka yang teristimewa yang telah memberikanku makna kpd sebuah perkahwinan, kekeluargaan dan erti kebahagiaan..

Antaranya, inilah mereka:

Gambar terbaru bersama suami..dialah rakan dan teman. Pengkritik dan pembimbing. Semakin hari semakin sayang...

Sempena anniversary jubli perak, kami makan-makan kat luar. Tak payah lah candle-light dinner berdua je...kami bawa anak-anak sekali..
Siap kena interview oleh mereka : "Apa azam selepas ni.?" cewah..
Dan siap dapat mutiara hikmat dan nasihat lagi daripada mereka.. Amboii..

Anak-anak perempuan yang dah pun sama besar..



dan anak-anak lelaki pelindung kami..

Kelima-lima mereka.. Qurrata a'yuni wa lil muttaqina imama.. Ameeen ya Rabb..

Sebuah video dihadiahkan pula oleh anak-anak KBM KL. syukran jazilan!
Doa ummi untuk kejayaan anak-anak semua tak kira di mana..

http://www.facebook.com/home.php?#!/video/video.php?v=129762910373373

Semoga cinta dan kasih sayang yang sudah terbina akan terus mekar kerana ia dibina
atas rasa KEHAMBAAN kepada yang menciptakan kasih sayang dan perasaan cinta itu.
Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan.

Ya Allah ya Rahman.. indahnya kasih sayang Mu.. indahnya Deen MU..
Terima kasih Allah!

This entry was posted on Saturday, July 03, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

auwwwww terharu pulak baca. sweetnyeeeeeee mommy :)

Post a Comment