Pengalaman..
Posted
Lama tak dapat update blog.
Banyak pula peristiwa yang mengisi waktu yang berlalu.
Menjengah ke bulan April, terasa masa berlalu pantas.
Anak-anak yang jauh terpisah berada di medan perjuangan masing-masing untuk menuntut ilmu, masing-masing menghantar SMS yang lebih kurang berbunyi : "Ummi doakan ye.. esok exam ni.."
Lalu si ummi akan membalas.. "U will do fine.. chaiyok2.. Maat taufiq wan najah. Amin"
Dari pertengahan bulan Mac lepas hingga ke saat coretan ini, ingin rasanya mengimbas beberapa peristiwa yang telah di lalui.
Pengalaman 1 : Bersama anak-anak remaja puteri di sebuah pusat perlindungan dan pemulihan. Bertemu dengan sekumpulan hampir 80 orang anak remaja. Berkongsi tentang satu pengharapan besar dengan sesi penyampaian bertajuk " Biarkan Aku Hidup".
Membawa mereka menginsafi dgn apa yang berlaku sehingga mengandung anak luar nikah dan cukuplah setakat apa yang terjadi. Jangan pula menambah kepada statistik kes buang bayi yang semakin berleluasa. Cukuplah dosa yang terpalit.. TAUBATAN NASUHA YA ALLAH!
Pengalaman 2 : Syukurnya, dengan izin Allah, program di Penjara Wanita Kajang baru-baru turut disertai oleh 8 orang penghuni belum Islam.
"Ustazah, I kan selalu mintak pada cikgu( warder) untuk datang ini program.. tapi susahlah..
Seorang yang lain pula berkata; " Ustazah,I like that song ( Demi Matahari)...very touching.."
Harap dapat jumpa mereka lagi di minggu depan.. Chong, Yap, Nyen dan yang lainnya.
Pengalaman 3 : Di penjara itu juga berpeluang mendengar perkongsian seorang penghuni yang telah menjalani hukuman sebat syariah kerana melahirkan anak luar nikah.
Cerita yang tulus dari hati "M" menginsafkan kami semua.
" Saya redha dengan hukuman tersebut. Sepanjang hukuman dijalankan, saya hanya ingat Allah.
Tidak menyakitkan, tidak luka tetapi menginsafkan.."
Pengalaman 4 : Di hujung minggu baru lalu, alhamdulillah berpeluang handle beberapa slot penting dalam program KBM di sebuah sekolah nun jauh di hujung negeri Selangor.
Di atas sehelai kertas, membaca satu pengakuan jujur seorang pelajar :
"Saya dah tak suci lagi, saya dipaksa melakukannya."
Sebagai ummi kepada anak-anak ini, sebelum program berakhir, saya berjumpanya, mendengar ceritanya. Akhirnya kami berpelukan, dia menangis semahunya, kelu tanpa sepatah yang terucapkan, saya hanya mampu berkata:
"Fight it!, fight it after this!"
Banyak lagi rupanya kerja yang mesti dilakukan.
Seorang sahabat (ustaz) memberikan peringatan..kalau nak jadi doktor jadilah doktor dan juga pejuang
kalau jadi ibu atau ayah jadilah ibu ayah yang juga pejuang..kalau seorang guru pastikan guru juga adalah pejuang..
Membawa Islam ke mana sahaja. Kita tak boleh duk rehat.
Lihatlah sejarah. Seorang panglima besar, sahabat Rasulullah SAW bernamaSaad bin Abi Waqqas telah diperintahkan oleh Khalifah Utsman bin Affan sekitar tahun pada tahun 616 M.
Perintah besar untuk membawaIslam ke negeri China. Itulah ekspidisi jihad dan perjuangan.
Inilah hasilnya.
Dan kita semua adalah penerusnya! Tak kira di mana dan siapa kita..
Post a Comment