Islam, Agama Fitrah

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"
QS.Ar-Rum (30) : 30

"Then set your face upright for religion in the right state.the nature made by Allah in which He has made men; there is no altering of Allah's creation; that is the right religion, but most people do not know"
QS.Ar-Rum (30) : 30

Kalam Allah


Sunnah Rasul


SAKITKAH MASYARAKAT KITA?  

Posted by: Ummi Ida in

Kes adik Syafiah Humairah Sahari hanya satu peristiwa sedih dari banyak peristiwa sedih yang banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang.
Kita akan terus bertanya.. kenapa dengan masyarakat ini?
Makin sakitkah masyarakat ini? Sakitkah kita yang menganggotai masyarakat ini?
Jika beginilah seterusnya cerita masyarakat kita, apakah akan terjadi kepada masyarakat ini? 5 tahun dari sekarang? 10 tahun dari sekarang?
Apakah perubahan yang mampu kita lakukan? Benar-benar kita boleh lakukan untuk menghindar racun masyarakat ini?
Ana yakin ramai yang kita mahu lakukan sesuatu tetapi soalnya bagaimana?
Bagaimanakah agaknya untuk membawa masyarakat kembali menemukan penawar kepada semua racun dan penyakit ini
iaitu kembali kepada kehidupan beragama.

Keluarga Banduan : Terhukum Di Luar Penjara!~Yang melakukan kesalahan ialah suami. Tetapi masyarakat menghukum anak dan isteri mereka. Malah, kadangkala anak dan isteri dihukum dengan hukuman yang lebih berat dari apa yang diperolehi oleh [ayah dan] suami mereka.

Betapa tidak, jika si bapa yang dalam penjara ada tempat tinggal dan diberi makan empat kali sehari, isteri dan anak-anak di luar belum tentu memiliki tempat tinggal yang selesa dan menikmati makanan secukupnya. Jika si bapa dihina oleh masyarakat, mereka tidak mendengarnya kerana mereka berada di sebalik tembok penjara. Tetapi, isteri dan anak-anak yang tidak bersalahlah yang terpaksa menerima segala kejian dan tekanan emosi tersebut.

Sebagai ketua keluarga yang baru, isteri banduan perlu bekerja untuk menyara keluarga;
perlu mencari penjaga anak sementara mereka keluar bekerja; terpaksa berhadapan dengan pandangan buruk dan kata nista masyarakat;
kehilangan sokongan keluarga orientasi dan mertua yang membuang mereka;
dan secara peribadi, mereka kehilangan sokongan perasaan dari pasangan hidup yang kini telah dipenjarakan. Beban ini amat berat untuk dipikul oleh seorang wanita lalu akan hilanglah pertimbangan. Tanpa pegangan agama yang kuat, pilihan dan keputusan sering tersilap.

Sebagai ahli masyarakat Islam yang diumpamakan sebagai satu tubuh badan yang mana apabila satu anggota merasa sakit
maka seluruh badan turut merasakan penderitaan itu. Justeru, apa gerak balas masyarakat terhadap nasib keluarga banduan ini?

Betulkanlah sikap masyarakat terhadap mereka. Kurangkan menghukum, banyakkan membantu.


Pengalaman peribadi, ~ Baru-baru ini saya dihubungi dan bertemu semula dengan dua orang banduan wanita yang telah bebas.
Hikmah terbesar yang mereka pelajari semasa dipenjarakan dahulu adalah hidup ini apa pun perlu kembali kepada agama.
DeenulLah ini adalah penyelamat dan bekalan sepanjang mengharungi kehidupan sementara ini.
Lalu kitalah sebenarnya yang patut menunjukkan jalan yang selamat itu!..


Apa Yang Sebenarnya Dicari ?  

Posted by: Ummi Ida in

Apa khabar iman kita semua hari ini?

Di pagi Jumaat ini.. ku risik-risik hati:

apa yang dicari dalam hidup ini?

-kekayaankah?
-kesenangankah?
-kecantikankah?
-kebahagiaankah?
-atau ketenangan hati yang hanya dapat diperoleh dengan keredaan dan ketaqwaan kepadaNya?

kalau berbicara tentang cinta, cinta siapa yang dikejar sesungguhnya?
adakah cinta kepadaNya sudah mencukupi?


Terasa hidup ini semakin singkat. Saat dan waktu yang telah berlalu tak boleh diputar.

Lalu ku tanyakan lagi..untuk apakah hidup di dunia ini?

Kehidupan yang bagaimanakah yang dicari? Adakah sekadar kemewahan dan keseronokan?

Untuk jawapan yang tepat dan benar, inilah asal tujuan manusia ini diciptakan.
Inilah jawapan dari Allah:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Az Dzaariyat – 56)

Hidup di dunia hanyalah sementara, yang kekal di akhirat.

Allah SWT terus memperingatkan:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"


Tidakkah kamu mahu berfikir??
Tidakkah kamu mahu berfikir??

Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh... iaitu akhirat.

Semoga diriku akan terus diperingatkan..
agar menjadikan segalanya sebagai sejadah pengabdian kepadaNYA!